loading...
KETUA Pegerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menunjukan " Wafer Emas Yapeim Gold " edisi khas Puteri UMNO dengan ketulinan 999 dalam berat 1,2,5 dan 10 gram turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Datuk Abdullah Samsudin (kiri) dan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan (kanan) di laman Puteri, Anjung Merdeka sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 ke 70 di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC) . - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR : Biro Ekonomi Puteri UMNO dengan kerjasama YaPEIM GOLD, sebentar tadi melancarkan koleksi edisi khas Puteri UMNO, iaitu wafer emas tulen 999.
Wafer emas dalam empat jenis berat, iaitu satu, dua, lima dan 10 gram berkenaan akan dijual mengikut harga semasa di YaPEIM GOLD (Jakel Mall, Nu Sentral) selain, cawangan Ar Rahnu YaPEIM.
Pelancaran berkenaan disempurnakan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang turut disaksikan Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin.
Mengakui kerjasama strategik berkenaan platform mempromosikan kepentingan dan kebaikan menyimpan emas, Mas Ermieyati berkata, program gerak usahawan itu antara usaha baik dijalankan Puteri untuk pembangunan orang muda.
"Kerjasama ini tepat pada masanya. Selain YaPEIM, ada Cosry ... Gerak usahawan ini supaya lebih ramai wanita muda boleh menambah pendapatan mereka dengan menjadi usahawan, penjahit manik.
"Kalau mereka (wanita muda) rajin, boleh dapat sehingga RM2,000 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk bantu wanita muda yang terhimpit peningkatan kos sara hidup selain, membantu tampung kos perbelanjaan keluarga," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Koleksi Khas Puteri UMNO, di sini.
Mas Ermieyati, berkata selain itu, orang ramai boleh memberikan sumbangan mereka dengan membeli wafer emas berkenaan, berikutan RM2 daripada hasil jualan bagi setiap gram pembelian akan disumbangkan kepada Tabung Amal Puteri UMNO.
loading...