LAWAK SOLO - DANIAL MUNCUL JUARA, MENANG RM80,000

loading...
LAWAK SOLO - DANIAL MUNCUL JUARA, MENANG RM80,000

Seperti yang dijangkakan banyak pihak, Danial atau nama penuhnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 23, telah dinobatkan sebagai juara program realiti 'Lawak Solo' bagi musim pertama.
Ini kerana peserta dari Pulau Pinang yang menepati ramalan ramai itu memberikan persembahan terbaik dan konsisten sepanjang lapan minggu bersaing di pentas Lawak Solo.
Kemenagan ini sekaligus melayakkan Danial membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan trofi sumbangan Astro.
Bagi naib juara pula jatuh pada peserta dari Sabah iaitu Achmad Rusli, 28 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM40,000 dan trofi.
Tempat ketiga diduduki oleh Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berasal dari Kedah dan menerima wang tunai RM20, 000 berserta trofi.
Manakala usahawan dari Perak, Mohd Hafiz Abdul Ghani terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.
--- IKLAN ---
Untuk malam akhir tersebut, setiap peserta diberi tema bebas dan hiburan sebagai tugasan sebagai cabaran bagi merebut gelaran juara.
Kesemua empat peserta akhir diadili oleh juri profesional yang mewakili 70 peratus markah pada malam itu manakala selebihnya undian peminat.
Datuk AC Mizal dan Saiful Apek bertindak sebagai pengkritik tetap manakala Erra Fazira sebagai juri jemputan. Pelawak Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim pula tampil sebagai penasihat komedi program berkenaan.
Pentas akhir Lawak Solo yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu dihoskan oleh Johan Raja Lawak manakala Fad Bocey, Zukieee dan Jamal pula sebagai pengacara bersama.

Sumber: mStar
Foto: #lawaksolo
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close