loading...
Krisis antara Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta ingatkan mungkin sudah berakhir apabila pengarah itu dilihat melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia.
Namun nampak seperti kisah mereka berdua ini tidak akan ada penghujungnya apabila Elly telah menulis satu luahan yang penuh panjang lebar meminta bekas suaminya itu tampil menunjukkan bukti yang dirinya diceraikan kerana ditangkap bersama lelaki lain di dalam hotel.
Luahan itu dilakukan selepas Elly menerima komen "nie la perempuan yang curang dengan lelaki dia" menerusi akaun Instagramnya. Sudah pasti tuduhan sebegini akan melukakan hati mana-mana wanita.
"Entahlah.. Baru semalam datang rumah jumpa Sefhia.. da elok da .. lega hati ni ..rupa2nya lega sy hanya utk seketika.. Dan sekarang drama lain pulak kluar.. da x tau Nak buat baik mcm mana lg dengan si azmi hatta ni .. Kite buat baik di baginya kejahatan pulak pada kite .. Ni nak tanya .. tak cukup lagi ke yg kamu buat 20 Surat Akuan bersumpah cubaan utk memalukan saya, wahai azmi hatta? Ni cubaan Apakah? Ni lah Cara utk penutup kecurangan sendiri..lepas tu sebarkan cerita yg sy ditangkap oleh dia sewaktu saya dgn lelaki lain dlm hotel Dan itu punca kami bercerai? Sejenis kurang ajar apakah ini, wahai azmi hatta?
"2 Bulan sy bernikah terus sy mengandungkan anak pertama .. 3 Bulan kemudian,saya keguguran.. Selepas 3 Bulan,sy mengandungkan sefhia Dan 3 Bulan selepas itu, kami pun Berpisah .. Gurauan Apakah ni wahai azmi hatta.. Bila kamu ni Nak move on? Apa,kamu masih x bahagia kah sampai masih ganggu kehidupan sy? Sengaja Nak menyakitkn hati sy? Mohon sgt,Boleh x tolong Nikah cepat? Mungkin lepas nikah hidup kamu akn lebih tenteram bersama kekasih tersayang..
"Tolong lah move on .. Jangan ganggu saya lg .. sy bukan sejenis yg suka ugut2 Nak Saman x abis2.. Tak ada perasaan malu ke kisah “BUSUK” ni berpanjangan, wahai Azmi hatta?berilah ruang utk sy bahagia dgn sefhia & abah selepas apa yg kami bertiga harung..Mohon jgn ganggu kami .. kami bertiga bahagia kini .. bahagia juge dgn org sekeliling yg hulurkan tangan kpd kami..sudah2 la tu azmi hatta ..
"Org pun Dah meluat kisah drama telenovela yg xde penghujungnya ni.. Pergilah kerja cari duit dari sebuk pukul canang sana sini utk menunjukkan diri tu tidak bersalah, wahai azmi hatta .. Sekarang ni sy x mahu saman kamu .. tp saya Nak kamu wahai azmi hatta, tolong beri penjelasan
"Dan bukti yg kamu menangkap saya dgn lelaki lain di hotel.. Mohon jgn buat sy tukar fikiran, wahai azmi hatta.. walaupun hebat perbuatan buruk kamu kpd sy , wahai azmi hatta, sy akn tetap memaafkan kamu , wahai azmi hatta.. Sy pilih Kasih sayang & bukan kebencian.. Terima Kasih..
Sebelum ini, Azmi pernah membuat pengakuan 20 mukasurat di mana dia mendakwa penyanyi dan pelakon tersebut pernah menumbuk dan menerajangnya.
Foto: Elly Mazlein IG
loading...