8 GAMBAR - LANA NODIN SIAP SEDIA TAMBAH ANAK

loading...
8 GAMBAR - LANA NODIN SIAP SEDIA TAMBAH ANAK

Jika masa baru-baru melahirkan Gia Quinn McKienzi, Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie, 36, seolah main sorok-sorok gambar bayinya dengan peminat, namun kini gambar Gia seolah satu kemestian dan memenuhi laman sosial mereka.
"Selama ini anak rapat dengan saya, malah saya dan suami juga tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Pendek kata, Gia 24 jam bersama saya. Disebabkan itu dia susah nak dekat dengan orang lain.
"Walaupun agak letih, tapi saya puas apabila dapat mengurus dan membesarkan anak dengan tangan sendiri. Apatah lagi sekarang ini dia sudah besar dan banyak perkara yang dia cuba lakukan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tambah Lana, apabila melalui sendiri pengalaman melahir dan membesarkan anak, baru dia sedar betapa besar pengorbanan dan kesabaran seorang ibu menjaga anak. Oleh itu, dia benar-benar faham sekarang bagaimana perasaan seorang ibu mendidik dan membesarkannya bersama adik-beradik lain.
--- IKLAN ---
Mengenai menambah anak, kata Lana dia tak kisah mempunyai anak ramai dan bersedia ke arah itu.
"Suami selalu cakap dia nak anak lelaki pula. Bukan apa, dia anak tunggal lelaki, jadi kalau boleh suami mahukan waris anak lelaki pula supaya boleh membawa nama McKienzie.Jadi dia mahu merancang mendapatkan seorang lagi anak tahun depan.
"Tambahan pula, Gia sekarang sukakan kanak-kanak. Kalau dia melihat anak kecil lain, dia menjerit. Kasihan juga sebab di rumah dia tak ada kawan melainkan saya dan suami," jelasnya.
KLIK GAMBAR UNTUK SIZE BESAR

Sumber: HM - Foto: Lana IG
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close