loading...
Salah satu destinasi percutian tepi pantai yang terkenal dikalangan warga Kuala Lumpur, Selangor dan negeri sekelilingnya. Korang pernah pergi Morib tak? Ape yang ada dekat morib? Aktiviti apa yang boleh buat? Kami di Oh! Media nak berkongsi serba sedikit tentang Morib. Jom kita lihat.
Morib adalah sebuah mukim di Daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Pantai Morib yang tenang itu merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di negeri ini. Selain dari itu juga, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan melakukan aktiviti bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Mesti korang terpikir aktiviti apa yang boleh buat dekat Morib tu kan? Jom kita tengok 6 aktiviti beriadah yang boleh dilakukan dekat Morib tu.
1. Jom kita berkelah
Tempat yang dikelilingi pokok rendang, kawasan rumput hijau yang luas dan dikelilingi pantai yang indah, memang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah. Jika korang berniat untuk tidak membawa sebarang bekalan makanan tidak mengapa kerana terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang berdekatan. Apabila perut sudah penuh, mata mula mengantuk, ditambah pula angin pantai yang menderu membuatkan korang rasa nak bentang tikar dan tidur di situ. Haha!
2. Kunjungi tempat-tempat menarik
Pasti ramai yang tak tahu morib mempuyai tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati. Pernah korang terfikir tempat ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Secara ringkasnya, Morib satu masa dahulu pernah menjadi tempat pendaratan dan pertahanan tentera British daripada serangan tentera Jepun pada perang dunia ke-2. Korang boleh ke monumen kecil yang terletak di tepi Pantai Morib menceritakan sejarahnya itu.
Selain dari itu juga, banyak tempat-tempat menarik dalam Morib yang korang boleh lawati seperti Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Alaudin, Istana Bandar dan banyak lagi.
3. Memancing, menangkap ketam dan mengutip cengkerang laut
Di Pantai Morib ini memang tidak digalakkan untuk mandi-manda kerana faktor pantai yang tidak sesuai untuk dijadikan tempat mandi. Apabila tiba waktu air surut korang boleh berjalan sehingga 400-500m dari pantai dan pada waktu ini korang boleh menangkap ketam dan mengutip cengkerang laut.
Selain daripada Pantai Morib ini, terdapat beberapa pantai lagi yang korang boleh pergi seperti Tanjung Rhu di Pulau Carey dan Pantai Kelanag. Kepada yang gemar menagkap ikan, korang boleh ke Pantai kelanang tu sebab ramai kesana untuk menyewa bot dan memancing.
4. Jalan-jalan cari makan
Tetapi kalau korang nak makan yang lagi menarik, luangkan masa korang dalam 20 minit untuk pergi ke Banting. Antara tempat makan yang sedap korang boleh kunjungi ialah Medan Selera Dataran Morib, Restoran Juvita Seafood, Cendol Banting Ibrahim dan banyak lagi.
5. Gold Coast Morib Tempat menenangkan fikiran
Sekiranya korang sampi ke Pantai Morib dan inginkan tempat penginapan yang menarik terutamanya bersama kaum keluarga, Gold Coast Morib adalah tempatnya. Tempat yang selesa dan mempunyai taman tema air tersendiri khas untuk para tetamu tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Sambil orang dewasa menikmati keindahan di situ kanak-kanak pula boleh bermain air dengan puas. Boleh tonton video di bawah.
6. Aktiviti bermain layang-layang
Oleh kerana Pantai Morib mempunyai kawasan yang lapang di ikuti dengan angin laut yang menderu, tidak hairanlah jika tempat ini terkenal dengan permainan layang-layang dan wau. Ini adalah salah satu tarikan pelancong untuk datang ke sini.
Jika korang minat dengan aktiviti bermain layang-layang ini, korang boleh datang ke Pesta Morib Karnival Udara 2016 pada 26 - 27 November 2016 ini di Dataran Pantai Morib. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut antaranya Pertunjukan Wau dan Layang-Layang dan bengkel membuat wau.
Itu permainan tradisional, tapi kalau nak lebih berteknologi sikit ada Pertandingan dan Pertunjukan Drone pada masa yang sama.
Daripada korang yang duduk melepak sambil bermain gitar dan menyanyi beramai-ramai dekat tepi pantai itu, bolehlah menyertai pertandingan Battle Of The Band Rock Kapak. Ada hadiah lumayan menanti korang.
Turut ada pelbagai jenis gerai makanan, jualan layang-layang, drone dan cendera hati akan dibuka sepanjang acara tersebut berlangsung. So jangan lupa datang ke Pesta Morib Karnival Udara 2016 dari 25 hingga 27 November 2016 ini.
Pendek kata tak kenal maka tak cinta. Lokasi yang tidak jauh dari ibu kota tentunya menjadikan Morib sebagai salah-satu lokasi istirehat yang terbaik untuk berhujung minggu bersamsa keluarga dan kawan-kawan.
loading...