loading...
Mesyuarat, persidangan, Whatsapp berterusan dan perbualan tanpa henti adalah perkara biasa yang perlu dihadap oleh golongan bisnes yang berjaya. Kehidupan yang sibuk menjadi norma kehidupan bagi golongan ini namun kebanyakan telefon yang ada dalam pasaran Malaysia tidak dapat memenuhi kehendak mereka, lebih-lebih lagi dari segi bateri.
Disebabkan itu, Mate 9 memasuki pasaran Malaysia bagi memenuhi keperluan golongan bisnes yang mahukan telefon pintar prestasi tinggi yang boleh melonjakkan produktiviti mereka.
Pasukan penyelidikan dan pembangunan Huawei menyedari ada 3 sudut kekurangan dalam kebanyakan telefon pintar Android iaitu:
1 – Semakin lama digunakan, semakin lembab
Setelah digunakan dalam satu masa yang lama, kebanyakan telefon pintar Android menjadi semakin lembab, seolah-olah telefon itu semakin hari semakin ‘tua’ lantas menyebabkan penurunan dalam prestasi.
2 – Bateri yang tidak mencukupi
Kebanyakan telefon pintar Android mempunyai jangka hayat bateri tidak sampai sehari jika digunakan.
3 – Kamera tidak cukup professional
Di sesetengah telefon Android, kamera masih lagi dianggap enteng seterusnya menyebabkan kualiti gambar yang diambil kurang professional.
Memandang berat isu yang timbul akibat tiga masalah ini, Mate 9 dicipta dengan rapi oleh Huawei.
Cip Pemproses Kirin 960 + EMUI 5.0 Untuk Prestasi Tinggi
Bagi menyelesaikan masalah prestasi, Mate 9 menjadi telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960. Menurut Huawei, Kirin 960 boleh memacu lebih prestasi dan penggunaan bateri yang optimum ketika digunakan.
Kekuatan Kirin 960 digabungkan lagi dengan sistem pintar EMUI 5.0 yang mana mampu melancarkan pengalaman pengguna sesuai dengan slongannya “Born Fast Stays Fast”.
Kirin 960 SoC merupakan cip pemproses pertama yang menggunakaan seni bina CPU 10 teras ARM-Cortex-A73/A53 dan GPU 10 teras Mali G71.
Menurut rating Geekbench, CPU Kirin 960 mampu menjana 18% lebih prestasi dan 15% lebih penjimatan tenaga berbanding Kirin 950.
Dari sudut GPU pula, Kirin 960 mampu mengeluarkan 180% lebih prestasi dan 40% penjimatan tenaga berbanding Kirin 950.
Kirin 960 juga dilengkapkan dengan Huawei’s Machine Learning Algorithm yang boleh mengadaptasikan telefon Mate 9 dengan cara penggunaan telefon seterusnya memastikan pengalaman penggunaan telefon yang lebih lancar dan menambahkan prestasi telefon pintar.
GPU Kirin 960 juga menyokong 3D runtime bersama Android 7.0 untuk menyokong Vulkan API, seterusnya menambah prestasi grafik kepada 400%.
EMUI 5.0 dilapor mampu melancarkan pengalaman pengguna apabila 90% dari operasi di dalamnya boleh diselesaikan dengan tiga langkah sahaja.
Selain itu, sistem EMUI 5.0 boleh mengoptimumkan storan dan memori telefon secara automatik menggunakan fast memory recycling mechanism digabungkan dengan pemampatan memori dynamik untuk memastikan telefon sentiasa pantas.
Mate 9 juga dipasang dengan sistem fail F2FS bagi mengatasi masalah defragmentasi fail yang sememangnya menjadi masalah dalam dunia telefon pintar Android.
Bateri 4,000mAh + Super Charge + Safety
Salah satu masalah yang mahu diselesaikan oleh Mate 9 adalah masalah bateri. Seiring itu, telefon pintar terbabit dilengkapkan dengan bateri berkapasiti sebesar 4,000 mAh bersama dengan teknologi Super Charge.
Menurut Huawei, bateri mereka telah dioptimumkan dan mampu:
- Memainkan video berterusan selama 20 jam
- Membuat panggilan 3G secara berterusan selama 30 jam
- Melayari internet dengan kelajuan 4G selama 20 jam
- Memainkan muzik selama 105 jam tanpa henti
- 40% peningkatan masa jika membuat panggilan menggunaan mod CDMA
- 20% peningkatan masa ketika bermain permainan video.
Teknologi Super Charge boleh mengecas bateri Mate 9 sebanyak 58% dalam masa 30 minit sahaja biarpun telefon itu berkapasiti besar.
Salah satu masalah yang mahu diselesaikan oleh Mate 9 adalah masalah bateri. Seiring dengan itu, telefon pintar terbabit dilengkapkan dengan bateri berkapasiti sebesar 4,000 mAh bersama dengan teknologi Super Charge.
Teknologi Super Charge boleh mengecas bateri Mate 9 sebanyak 58% dalam masa 30 minit sahaja biarpun telefon itu berkapasiti besar. Malah teknologi ini juga mampu mengecas dengan mengurangkan kepanasan telefon serta mengoptimumkan penggunaan elektrik semasa mengecas supaya tidak membazir tenaga.
Selain itu, sistem pengecasan bateri Mate 9 dilindungi oleh satu ciri standard keselamatan yang dipanggil Super Safe 5-gate protection yang mana boleh mengelakkan dari bateri di telefon pintar itu dari meletup. Selain itu, ia juga memberikan maklumat voltan, current dan suhu dalam masa nyata.
Kamera Dwi-Lensa Leica Generasi Kedua
Biarpun dikhususkan untuk golongan bisnes, Mate 9 tidak ketinggalan dari segi kamera. Malah Mate 9 dipasang dengan kamera dwi-lensa Leica generasi kedua.
Kamera dwi-lensa Leica itu ditambah baik dengan kamera monochrome 20MP berbanding 12MP di generasi pertama. Menurut Huawei, penambahbaikan itu boleh merakam butiran gambar 50% lebih baik dari kamera Leica sebelumnya.
Selain itu, kamera di Mate 9 juga menyokong rakaman video 4K dan Directional Sound Recording. Gabungan kedua-dua ini boleh menghasilkan output rakaman video audio yang lebih berkualiti terutamanya apabila membuat rakaman di majlis-majlis terbuka seperti mesyuarat, konsert atau sidang media.
Ini antara gambar-gambar yang diambil oleh professional menggunakan Mate 9:
Skrin True-to-Life 5.9 inci
Mate 9 dipasang dengan skrin 5.9 inci beresolusi 1920x1080, iaitu resolusi HD penuh (Full HD).
Jika dibandingkan dengan P9, Mate 9 mempunyai resolusi yang sama tetapi dengan saiz skrin yang lebih besar supaya lebih senang digunakan untuk mereka yang memerlukan 'ruang yang lebih'.
Sambungan Dwi-Sim + Cat.12 4G LTE + 7 WCDMA bands + 4 GSM bands
Sebagai satu produk global, Mate 9 menawarkan pelbagai cara sambungan global dengan sokongan dwi-sim supaya pengguna boleh terus menggunakan telefon ini biarpun berada di luar negara. Sambungan yang disokong adalah:
- 7 WCDMA bands
- 4 GSM bands
- Cat.12 4G LTE
Yang paling menarik adalah sambungan Cat.12 4G LTE yang berkebolehan memuat turun data sehingga 600 Mbps. Ini membolehkan pengguna memuat turun 600 Mbps dalam sesaat jika melanggan internet berkelajuan itu.
Cat.12 4G LTE dibina bersama dengan Mate 9 supaya tiada lagi masalah 'telefon tidak menyokong kelajuan tinggi' yang menjadi penyebab kelembapan pada sesetengah telefon.
Mate 9 Boleh Dimilik Dengan Harga Serenda RM2,699
Bagi yang berminat untuk memiliki Mate 9, gadjet berkuasa tinggi ini dijual pada harga RM2,699 menerusi vmall.my dan Lazada Malaysia.
Namun, bagi yang berminat dengan kesenian foto yang diambil menggunakan kamera Leica tapi merasakan Mate 9 sedikit mahal, P9 adalah pilihan telefon pintar yang sangat sesuai buat anda.
P9 dan Mate 9 menggunakan teknologi kamera dwi-lensa Leica 12MP RGB + 12MP Monochrome yang sama dan mampu memberikan kualiti foto bertaraf professional.
P9 dijual dengan harga lebih murah berbanding Mate 9 iaitu RM 2,099 dan boleh didapati Vmall dan juga Lazada Malaysia.
Memandangkan Mate 9 dan P9 adalah telefon flagship dari Huawei, syarikat itu juga menawarkan servis VIP percuma kepada pembeli-pembeli yang membeli di pengedar sah mereka. Servis-servis percuma yang ditawarkan adalah:
- Penukaran 1 - 1 dalam masa 12 bulan jika berlaku kerosakan*
- Servis pengambilan dan penghantaran pintu ke pintu
- 1x penukaran LCD secara percuma dalam masa 3 bulan
- 2x pembersihan percuma dalam masa 12 bulan
- Mendapat keutamaan ketika membuat servis di pusat servis ekslusif Huawei.
*tertakluk pada terma & syarat
Mate 9 Porshe didatangkan dengan warna Graphite Black |
Cover belakang Mate 9 versi Porshe |
Antara ciri lain Mate 9 |
loading...