Tahniah! Stacy Kini Disahkan Hamil

loading...
TAHNIAH
SAH STACY BERBADAN DUA.HAKIM PULAK YG MABUK
Tahniah! Stacy Kini Disahkan Hamil
stacy
Tahniah diucapkan kepada pasangan Akim Ahmad dan isteri Stacy kerana berita gembira yang diterima. Stacy kini telah disahkan mengandung anak pertama dan telah diumumkan sendiri oleh Akim di laman Instagram.
Pengumuman kehamilan itu dibuat serentak dengan ucapan selamat hari lahir dari Akim buat Stacy.
Ini komennya:
“Selamat ulang tahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. Semoga di hari ulang tahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini,”
Akim dan Stacy bernikah pada awal Februari yang lalu dan mempunyai seorang anak angkat. Berita kehamilan Stacy ini telah menggembirakan semua peminat setia mereka berdua.
Ternyata pelbagai koen ucapan tahniah dari para peminat membanjiri ruangan komen laman IG mereka berdua.
Diharapkan segala urusan Stacy dan Akim sentiasa dipermudahkan olehNya.
Tahniah sekali lagi diucapkan. -PENMERAHDOTCOM
The post Tahniah! Stacy Kini Disahkan Hamil appeared first on PenMerah.com.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close