loading...
MELAKA, 14 Ogos: Seorang ibu di sini bingung apabila bayi perempuannya yang berusia dua bulan mengeluarkan air mata berdarah hampir setiap hari.
Menurut hazura Kamal Santhirasehar, 24, perkara itu dikesan sejak anaknya berusia lima hari ketika dia dan suami, Abu Kassim Mahmuddin, 39, berada di rumah di Tanjung Minyak pada Jun lalu.
"Ketika itu tengah hari dan Batrisya tiba-tiba menangis. Saya bergegas bancuh susu sebelum suami yang menemani anak kami mendapati tangisannya air mata darah.
"Air matanya mengalir dengan darah tetapi dia senyap. Saya kesat air mata anak dengan empat batang putik kapas sebelum membawanya ke Hospital Melaka," katanya.
Sementara itu Ketua Pakar Perunding Mata, Klinik Mata, Hospital Melaka, Doktor Raja Norliza Raja Omar mengesahkan bahawa bayi tersebut menghidap penyakit pseudomemnranous conjunctixitis atau jangkitan kuman pada lapisan dalam mata (conjunetiva) menyebabkan matanya berdarah ketika menangis.
Walaubagaimanapun, pemeriksaan dijalankan mendapati kedua-dua belah mata bayi itu semakin pulih daripada jangkitan.
"Kami jangka masalah mata bayi itu yang berdarah setiap kali menangis akan pulih dalam masa tiga minggu lagi, ibunya juga diminta mementingkan aspek kebersihan untuk elak jangkitan baharu.
"Kes seperti ini yang membabitkan bayi pernah dilaporkan di hospital ini, dengan kekerapan satu kes sebulan, namun ibu bapa tidak perlu risau kerana ianya tidak berjangkit ," katanya.
Beliau berkata, jangkitan kuman pada lapisan conjunativa menyebabkan bayi mengalami sakit mata dan bertahi seterusnya mengeluarkan darah ketika bayi menangis.
loading...