loading...
Surirumah, Rohana Mohamad, 37, yang ditemui mati tergantung selepas dipercayai meracun dua anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru,
Kota Samarahan malam semalam sempat mengemaskinikan status Facebook miliknya tiga hari lalu. Antara lain, beliau dalam nada sedikit beremosi
memohon maaf kepada anggota keluarga, sanak saudara dan rakannya sempena Aidilfitri, selain meminta dihalalkan makan minumnya serta dua anak
lelakinya.
lelakinya.
Rohana dan Adam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ikhmal dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Pusat Jantung
Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan. Turut ditemui di lokasi kejadian botol cecair peluntur pakaian yang dipercayai digunakan bagi
meracun dua kanakkanak malang berkenaan.
meracun dua kanakkanak malang berkenaan.
Difahamkan, jenazah tiga sekeluarga ini masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal
pasti punca sebenar kejadian. Kejadian diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sedang disiasat mengik.
SUMBER:PAGE BERITA MALAYSIA KINI
loading...