loading...
LAMAN sosial hari ini ‘dihidangkan’ dengan satu kes buli tetapi ianya melibatkan bayi dan kanak-kanak yang dipercayai usianya kurang daripada dua tahun.
[VIDEO] Ibu Dikecam Biarkan Kakak ‘Buli’ Adik Kecil, Si Ibu Tergelak2 Ketika Merakam ! |
Video tersebut merupakan video yang dimuatnaik pada April lalu kini menjadi viral di media sosial, memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan ‘membuli’ adiknya.
Terdapat satu suara yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu merakam gelagat mereka dengan gelak ketawa.
“Tunggulah adik kamu dah besar, kamu tunggu adik kamu belasah kamu,” kata wanita itu yang tidak melakukan sebarang tindakan sebaliknya terus merakam perbuatan itu.
Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya mengarahkan kanak-kanak itu bangun dengan menyatakan tindakannya itu menyakitkan adiknya.
Wanita tersebut menganggap hal seperti itu seperti sesuatu yang melucukan namun netizen mengecam tindakannya kerana perbuatan itu boleh membahayakan nyawa anaknya sendiri.
Netizen menganggap tindakan perakam adalah tidak wajar kerana membiarkan kejadian tersebut berlaku tanpa mengambil tindakan sepatutnya.
“Awak tak sayang anak awak ke? Boleh beza gurau dengan buli tak? Kesiannya babytu, tak ada rasa kasihan ke?” tulis Nur Syahira Fuad Noor Asma.
“Tula..buatnye patah tulang belakang? Haa baru tau…ni tak….suke merakam pastu upload…..penyakit zaman sekarang,” tulis Marsitah Ieta.
Video tersebut menjadi viral di media sosial dengan dikongsi lebih 8,671 kali dan ditonton lebih 657,842 netizen.
Ada netizen yang bimbang dengan kejadian itu kerana boleh menyebabkan kecederaan patah pinggang apabila kanak-kanak perempuan itu berterusan melompat di belakang adiknya. – MYNEWSHUB.CC
Kredit: bulletinmedia.blogspot.com
loading...