Akhirnya Amyra Rosli Buka Mulut Tuduhan Kek Kahwin Berulat.. Memang MEMALUKAN...

loading...
Akhirnya Amyra Rosli Buka Mulut Tuduhan Kek Kahwin Berulat..
PETALING JAYA: Pembuat kek untuk majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Anne Idris tampil menafikan tuduhan kononnya kek untuk majlis itu sudah berulat selepas sebulan ia dibuat.
Anne, 34, menjelaskan kek tersebut dibuat pada 10 November iaitu sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dan dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.
"Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial.
"Blog-blog yang menviralkan tentang kek tersebut tidak bertanya kepada saya terlebih dahulu.
"Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.
"Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan," ujarnya kepada mstar Online.
Anne diminta mengulas tuduhan kononnya kek untuk majlis akad nikah Amar Baharin dan Amyra Rosli di Hotel Primiera pada Jumaat lalu sudah berulat dan tidak boleh dimakan kerana ia sudah sebulan dibuatnya.
Kek itu juga sebelum ini hangat diperkatakan kononnya harganya mencecah puluhan ribu ringgit.
Jelas Anne, dia menggunakan bahan daripada American chocolate yang boleh bertahan lebih dua minggu jika disimpan dengan baik.
"Kek begitu cantik memang rasa sayang nak makan, ada pelanggan saya sebelum ini makan kek itu selepas dua minggu dan ia disimpan dengan baik dalam peti ais.
"Sebab itu saya akan menggunakan bahan-bahan yang mahal dan boleh bertahan lama supaya ia boleh dimakan selepas selesai majlis," ujarnya.
Anne yang menggunakan nama akaun @mymumsbakery kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman sosial Instagram.
Sementara itu, Anne enggan mendedahkan harga sebenar kek perkahwinan tersebut dan menganggap ia terlalu peribadi untuk dikongsi.
Katanya, ikek itu bukanlah ditaja kepada pasangan berkenaan sepenuhnya tetapi dia mempunyai perjanjian tertentu dengan pihak pengantin.
"Saya dihubungi oleh ibu Amyra untuk urusan penyediaan kek ini dan saya tidak boleh dedahkan harga sebenarnya kerana ia terlalu peribadi dan kami ada perjanjian tertentu.
"Secara jujurnya ramai artis yang minta tajaan untuk majlis resepsi tapi ada yang terpaksa saya tolak atas sebab tertentu dan kekangan masa," ujarnya.
Selain itu, Anne berkata, kek perkahwinan ini merupakan kek kelima ciptaannya yang menjadi viral dan diperkatakan di laman sosial termasuklah kek untuk majils perkahwinan Anzalna.
Sementara itu, Anne berkata, sejak menceburkan diri dalam bidang bakeri hampir 10 tahun, dia semakin dikenali dan mula diberi penghormatan untuk memberi ceramah motovasi.
Dia juga mengakui nama-nama besar selebriti juga membantu dirinya lebih dikenali dan meletakkan dia sebagai usahawan Melayu seiring dengan nama-nama besar lain.
"Alhamdulillah, selepas sering membuat kek untuk selebriti, ia banyak membantu saya untuk mencipta nama dalam dunia pembuatan kek.
"Saya juga sering mendapat undangan ceramah usahawan untuk memberi motivasi terutama kepada usahawan Melayu.
"Baru-baru ini saya diberi peluang berkongsi pentas memberi ceramah bersama nama besar seperti Datuk Rizalman, Datuk Aliff Syukri, Datuk Dr Muhaya Mohamad dan Neelofa," ujarnya.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close