Ini PUNCA Kerajaan Bakal Perkenal Tarikh Luput Topi Keledar dan Topi keledar Kura2 Bakal Diharamkan....

loading...
Kerajaan Bakal Perkenal Tarikh Luput Topi Keledar dan Topi keledar Kura2 Bakal Diharamkan....
Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang melihat dengan serius untuk mengeluarkan tarikh luput untuk topi keledar.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Keselamatan JalanRaya Yamaha Balik Kampung semalam di Bentong, Pahang.
Menurut beliau, topi keledar atau helmet sepatutnya mempunyai tarikh lumut kerana sekarang ini, masih ramai penunggang motosikal yang menggunakan helmet berusia lebih dari lima tahun.
“Helmet sepatutnya mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan tahan selamanya. Ini ialah untuk memastikan keselamatan penunggang dan pembonceng sekiranya berlaku kemalangan,” ujar beliau.
Menurut Ketua Pengarah MIROS, Professor Dr Wong Shaw Voon, helmet-helmet yang dijual di Malaysia perlu mempunyai kelulusan piawaian MS1. Ini memastikan kualiti helmet yang dijual dipasaran mampu membantu mengurangkan kecederaan kepala.
“Kami akan segera membuat kajian bagaimana hendak memperkenalkan tarikh luput helmet di Malaysia,” ujar beliau selepas ditanya bila ia akan diumumkan.Gambir Panas

Sedikit sukar untuk membuat tarikh luput untuk helmet kerana:
  • Helmet mempunyai shelf life atau jangka hayat sendiri sebelum ia dijual. Ini bermakna, Contohnya, jenama helmet terkemuka Shoie berkata, helmet mereka yang telah berusia lebih lima tahun tidak boleh dijual. Ia juga bermakna, stok helmet Shoei yang berusia lebih lima tahun di kedai tidak lagi boleh dijual kerana tidak selamat. Setiap pengilang mempunyai jangka hayat shelf life mereka sendiri.
  • Bila helmet telah dibeli dan digunakan, cara penggunaan akan menentukan usia helmet itu selamat digunakan. Seorang yang jarang menggunakan helmet itu dan menjaganya dengan tertib, pasti helmetnya mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding dengan mereka yang menggunakan helmet mereka setiap hari.
  • Kebanyakan pengeluar helmet bersetuju bahawa sekiranya helmet itu pernah jatuh dari ketinggian satu meter atau lebih, helmet itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini ialah kerana walaupun dari segi luaran ia nampak selamat dan tidak ada kecederaan, styrofoam atau busa putih di dalam helmet itu mungkin telah termampat dan ia tidak lagi boleh menyerap hentakan sekiranya terbabit dalam kemalangan.
  • Helmet yang ditinggalkan di motosikal dalam keadaan panas terik dan hujan pasti mempunyai jangka hayat yang pendek dari helmet yang disimpan di tempat bersuhu bilik.
  • Helmet-helmet yang murah masih mempunyai logo SIRIM MS1, tetapi kerana ia murah, span dan styrofoam dalam sangat cepat mampat dan haus, dan ia tidak lagi selamat digunakan.
  • Helmet mempunyai saiz dan perlu dibeli mengikut saiz yang sesuai. Helmet-helmet murah sering dijual dalam satu saiz besar seolah-olah ia seperti satu saiz muat semua (one size fit all). Ini ialah masalah yang perlu ditangani dahulu.
BERITA PALING HOT
Di bawah ialah gambarajah helmet dan lapisan dalam. Gambar ihsan dari KHI.
Lihat juga helmet-helmet yang digunakan oleh orang awam. Ramai yang menggunakan helmet untuk dielak dari disaman polis, dan bukan memakai helmet untuk keselamatan. Ahli keluarga dan rakan-rakan perlu menyedarkan mereka. Anak-anak sepatutnya membelikan helmet yang baharu dan selamat untuk ibu dan bapa yang masih menunggang motosikal di kampung.
Kempen belikan helmet juga perlu.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close