loading...
Seharian bekerja, dan bila pulang ke rumah, sudah semestinya berasa penat, tapi masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan. Lagi-lagi bab nak membasuh baju, bukan tiada mesin basuh, tapinya, kalau dah musim hujan, mendung aje, nanti lambat pula keringnya.
Nasib ada dobi layan diri, mudah sikit kerja, boleh basuh baju, dan keringkannya terus, tak payah nak tunggu lama lagi. Bukan apa, kadang baju dikumpul banyak, baru dibasuh, dan isi rumah pun ramai, pakaian pun jadi banyak la.
Admin pun ada juga gunakan dobi layan diri, nak basuh baju, tapi tiap kali guna pengering, mesti ada beberapa helai yang tak begitu kering, masih lembap, hairan juga, walau dah lama dalam pengering tu. Bagi sesiapa yang mengalami perkara yang sama dengan admin, lepas ini tak payah risau dah, sebabnya, saudara Salkukhairi Abd Sukor, ada tip yang boleh anda ikuti, untuk pastikan baju dalam mesin pengering (dryer) tu, boleh keringkan semua pakaian anda.
Jom kita ikuti perkongsiannya.
Biasa tak anda menghadapi keadaan di mana kain yang dikering menggunakan mesin pengering (dryer) di dobi layan diri masih agak lembab dan tidak kering sepenuhnya, walaupun ianya telah di "spin" lebih daripada 30 minit.
Ini berkemungkinan disebabkan oleh cara pengeringan anda yang kurang betul.
Misalnya saya dapati, ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpuntal-puntal. (Sila rujuk Gambar 1)
Cara begini sebenarnya adalah SALAH.
Ini kerana, dengan cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang dengan baik sewaktu mesin pengering berpusing yang menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya kain yang agak tebal dan di bahagian pinggang dan kaki seluar.
Cara yang betul adalah seperti berikut:
1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.
1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.
2. Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan keadaan ianya dikembangkan. Sila susun kain tersebut secara berlapis. (Sila rujuk Gambar 2).
3. Cara ini menjadikan adanya ruang diantara kain anda yang membolehkan kain anda dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses pengeringan lebih sempurna.
4. Ianya dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa dan wang anda. Ini kerana kain boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (untuk satu bakul penuh kain).
5. Bukan itu sahaja, kain anda juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.
Kalau tak percaya silalah cuba!
loading...