Syafiq insan sangat BAIK .. motosikal terbabas dia maut NGERI pecah kepala ( 8Gambar)

loading...
Sayu : Syafiq insan sangat BAIK .. motosikal terbabas dia maut NGERI pecah kepala ( 8Gambar)

Batu Gajah : Seorang pemuda maut dalam kemalangan petang semalam apabila motosikal yang dinaikinya terbabas merempuh podok hentian bas dan jasad nya tercampak terkena pada pokok mengakibatkan kepala nya pecah.
Mangsa Muhamad Khairil Shafiq Shafie 19 tahun merupakan seorang insan yang sangat baik dan terlibat aktif dengan futsal arwah mempunyai ramai kawan, apa yang berlaku kepada arwah amat mengejutkan bagi sahabat-sahabat arwah.
Arwah juga merupakan Belia Masjid Batu Gajah dan amat dikenali dikalangan rakan-rakan.




Update terkini 
Dijangka selewatnya kebumi selepas Zuhur.
Proses mandi dan kapan akan dijalankan di Hospital Batu Gajah.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 0111-9929916.
Terima kasih
Pemergian mu tidak disangka.. Kamu ada lah orang yg terbaik di kalangan sahabat2 ku.. Syurga menanti mu wahai sahabat ku Muhamad Khairil Shafiq Shafie.. Allah lebih menyayangi mu.. semoga roh mu dicucuri rahmat Allah.. Sahabat dari form 1 until jannah.. InsyaAllah kita bertemu disana.. Rindu kau..
Salah seorang ahli Belia masjid batu gajah.
Antara ahli Belia yang terawal
Allahu akbar.

Benarlah 
Apa yg paling dekat denganku hanya sedetik, adalah kematian.
Untungnya saat kita meninggalkan dunia dan isinya,ketika itu kita menjadi anak yg baik buat ibu bapa,ahli yg baik buat keluarganya,teman yg baik buat sahabatnya.
Ketika itu mereka akan mengimbau kembali, sambil secara tidak sengaja menjadikan kita sebagai contoh buat yg masih lagi kekal di atasnya.
Moga semua amal baikmu menjadi penyelamat buat kamu disana.
Sesungguhnya hari ini kami menyaksikan bahawa perpisahan itu pasti terjadi.
Dan kami telah menjadi saksi bahawa engkau adalah anak yg baik kepada ibubapamu,sahabat dan contoh terbaik buat kami.
Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasihnya ke atas roh kamu.
Hati ini berat utk terima,tapi ini lah kenyataan.
Selamat jalan adik Muhamad Khairil Shafiq Shafie.

08/12/2016
Jenazah Arwah akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Batu Gajah selepas bedah siasat dan akan dikebumikan selepas solat zohor hari ini.
Punca kejadian sebenar masih disiasat oleh pihak berwajib, Al fatihah
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close